Atuk 93 tahun tunjuk skil main 'game' lumba kereta

Berusia 93 tahun bukan penghalang untuk seorang lelaki mencuba perkara baharu dalam hidupnya selain memanfaatkan waktu pesaraan. - Foto Unilad.co.uk
Berusia 93 tahun bukan penghalang untuk seorang lelaki mencuba perkara baharu dalam hidupnya selain memanfaatkan waktu pesaraan. - Foto Unilad.co.uk
A
A
A

TOKYO - Usia tidak menjadi penghalang buat seorang lelaki berusia 93 tahun untuk bermain permainan perlumbaan kereta di YouTube.

Bekas pemandu teksi di Tokyo, Jepun, menghabiskan persaraannya dengan bermain permainan itu malah memanfaatkan bakat pemanduan ketika remaja, lapor Unilad.co.uk.

Dalam video yang disiarkan oleh cucunya di YouTube, jelas menunjukkan lelaki tersebut bijak mengawal dan bermain permainan kereta seperti seorang profesional meskipun memakai alat bantuan pernafasan yang dipasang di hidung.

Lelaki itu juga dilihat mampu mengemudi pemanduan kereta Mazda Savannah RX7 yang pernah dimilikinya pada tahun 90-an.

Menurut cucunya, Olivin Corp, datuknya pernah mencari nafkah sebagai pemandu teksi pada tahun 1960-an, kemudian memandu trak sampah selama 20 tahun sebelum bersara.

"Datuk amat menyukai kereta, sebab itu dia sangat meminati kereta klasik yang terdapat dalam 'game' berkenaan dan sering memilih kereta kesayangannya iaitu Mazda Savannah RX7.

"Sejak tujuh tahun lalu, datuk tidak boleh memandu di jalan raya atas faktor usia kemudian melepaskan 'gian' memandu kenderaan menerusi permainan kereta," ujarnya.

Melihat datuknya amat meminati hobi baharu itu, Olivin membeli skrin monitor lebih besar bagi menggantikan komputer riba lamanya.

Artikel Berkaitan: