X

Kindly register in order to view this article
!

Puad Zarkashi persoal cadangan Dr Mahathir wujudkan Mageran

Dr Mahathir, Mohd Puad
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Beliau mendakwa jika Dr Mahathir sebagai Pengarah Mageran, sudah pasti Mageran sukar untuk ditamatkan.

“Mujur dia bukan Perdana Menteri. Tidak ada sebab Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ikut nasihat dia.

“Kalau Tun M jadi boss Mageran, kita tahu ia akan disalahgunakan. Pendakwaan selektif dan dendam akan kembali.

“Institusi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan digunakan untuk menekan lawan politik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Pada Khamis, Dr Mahathir membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Mageran ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan berkenaan dikemukakan atas keyakinan mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara kesan penularan Covid-19.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, Dr Mahathir sudah diberi peluang kedua tetapi banyak kerosakan dilakukan.

“Cukuplah Tun. Peluang kedua sudah diberi. Banyak sangat kerosakan. Takut lebih banyak aset negara akan dijual.

“Silap-silap Latheefa Koya dan Tommy Thomas muncul kembali. Cerah masa depan Mukhriz,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M bawa usul penubuhan Mageran ketika menghadap Agong

Gesaan wujudkan Mageran langkah ke belakang


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!