Covid-19: Afrika Selatan kini dilanda gelombang ketiga

No Image Caption
A
A
A

JOHANNESBURG - Afrika Selatan kini dilanda gelombang ketiga jangkitan Covid-19 selepas merekodkan 9,149 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, memetik data Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD), pada Khamis.

NICD berkata, sejak tujuh hari lalu, rata-rata kes yang dicatatkan melebihi 5,000, lapor Anadolu.

"Terdapat peningkatan 844 kemasukan pesakit ke hospital dan 127 lagi kematian dilaporkan sepanjang 24 jam lalu," kata NICD.

Wilayah Gauteng, merangkumi Johannesburg dan Pretoria adalah penyumbang terbesar kes baharu iaitu sebanyak 61 peratus.

Diikuti pusat pelancongan Cape Barat menyumbang 10 peratus kes sementara wilayah Free State dan North West menyumbang enam peratus.

Secara keseluruhan Afrika Selatan merekodkan kes Covid-19 tertinggi di benua itu dan setakat ini seramai 12,044,072 orang sudah menjalani ujian saringan. - Bernama

Artikel Berkaitan: