Mbappe tinggal sahaja bersama Les Parisiens

Antoine Griezmann (kanan) Mbappe antara tonggak utama Perancis pada saingan Euro 2020 kali ini. - Foto AFP
Antoine Griezmann (kanan) Mbappe antara tonggak utama Perancis pada saingan Euro 2020 kali ini. - Foto AFP
A
A
A

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron menggesa penyerang sensasi gergasi Ligue1, Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe untuk terus kekal berada dalam saingan domestik di bumi Perancis.

"Adalah penting untuk Mbappe terus bersama PSG, baik untuk kelab dan kejuaraan Perancis. Apa pun saya tidak akan memberikan tekanan kepada pemain," jelas Macron ketika mengadakan sesi lawatan ke kem latihan skuad Les Bleus menjelang kempen Euro 2020 yang bermula minggu ini.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi pada awal minggu lalu menegaskan bahawa bekas penyerang AS Monaco berusia 22 tahun tersebut bakal kekal bersama Les Parisiens pada musim depan walaupun menjadi perhatian beberapa gergasi Eropah.

Artikel Berkaitan: