SAM gesa Kerajaan Pahang hentikan aktiviti perlombongan di Tasik Chini

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera dengan menghentikan semua aktiviti perlombongan di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini dan kawasan sekitarnya.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera dengan menghentikan semua aktiviti perlombongan di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini dan kawasan sekitarnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera dengan menghentikan semua aktiviti perlombongan di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini dan kawasan sekitarnya.

Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, hanya dengan komitmen kerajaan negeri sahaja yang mampu menyelamatkan Tasik Chini, Pekan daripada terus mengalami kemusnahan ekosistemnya.

“Antara tindakan segera lain yang perlu dilakukan ialah empangan kecil yang menjejaskan ekosistem semula jadi Tasik Chini hendaklah dirobohkan.

“Tindakan selanjutnya, SAM turut menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia merupakan satu daripada kawasan sensitif alam sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan komitmen terhadap isu berkenaan, turut dikhuatiri pengisytiharan Tasik Chini sebagai rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada Mei 2009, berkemungkinan akan ditarik balik.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang pada Khamis memaklumkan, tahap kualiti air di Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan.

Isu membabitkan Tasik Chini tiba-tiba tular di media sosial baru-baru ini, yang memaparkan gambar keadaan ‘terkini’ tasik berkenaan yang didakwa terancam berikutan aktiviti perlombongan dan ia telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat termasuk Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa ia merupakan gambar lama yang dirakam dua tahun lepas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Peka bantah kelulusan syarikat perlombongan di Tasik Chini

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: JAS sahkan Tasik Chini bersih, selamat