X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Tiga pemimpin politik dijangka menghadap Agong hari ini

Beberapa lagi pemimpin politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pekarangan pintu 2 Istana Negara terus menjadi tumpuan media masuk hari ketiga sesi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara melibatkan ketua pemimpin parti politik.

Media difahamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan pemimpin pertama dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini (Jumaat).

Seterusnya disusuli oleh wakil pemimpi MIC dan Parti Bersatu Sabah (PBS).Ahmad Zahid dijangka tiba di Istana Negara pada jam 10 pagi ini manakala dua lagi pemimpin parti belum dapat dipastikan.Media yang berada di pekarangan pintu 2 Istana Negara seawal jam 8 pagi lagi masih terus berusaha mendapatkan pengesahan.

Sejak Rabu, lapan wakil pemimpin parti politik termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara. Tujuh lagi pemimpin parti adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; serta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Pengerusi Parti Perjuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Semalam, dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang sejam itu, Dr Mahathir mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M bawa usul penubuhan Mageran ketika menghadap Agong

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M dakwa Agong tanya masa sesuai adakan PRU15


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!