Pelajar SPM 2020 generasi hebat

Perjalanan SPM 2020 catat rekod dan sejarah tersendiri apabila dilaksanakan dalam keadaan negara hadapi penularan Covid-19 yang memaksa banyak pembaharuan dilaksanakan.
Perjalanan SPM 2020 catat rekod dan sejarah tersendiri apabila dilaksanakan dalam keadaan negara hadapi penularan Covid-19 yang memaksa banyak pembaharuan dilaksanakan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disifatkan sebagai generasi hebat dari segi persediaan serta usaha bagi memotivasikan diri menghadapi peperiksaan tersebut meskipun terpaksa menempuhi pelbagai halangan.

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, ia merupakan satu perkembangan dalam bidang pendidikan negara di mana pelajar tidak bergantung semata-mata kepada guru dalam menyampaikan ilmu.

“Ia satu perkembangan yang bagus, meskipun pelajar tidak dapat hadir ke sekolah, mereka akan mencari alternatif lain bagi mendapatkan ilmu seperti menggunakan TV pendidikan, capaian internet, portal peperiksaan dan pelbagai kemudahan lain di mana ia berbeza dari 15 tahun yang lalu.

“Situasi ini menunjukkan kematangan pelajar dalam persediaan menghadapi peperiksaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Tambah beliau, dengan kemudahan pelbagai, ditambah dengan tempoh persediaan yang panjang, beliau menjangkakan keputusan SPM 2021 dapat menandingi apa yang dicapai pada SPM 2020.

Dalam perkembangan lain, Pakar Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata, meskipun keputusan SPM 2020 mencatatkan keputusan yang cemerlang, beliau berharap kerajaan akan terus mencari langkah yang proaktif agar calon SPM 2021 dapat menghadiri sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara bersemuka.

Hasnah berkata, beliau khuatir ia akan memberi impak yang negatif terutama kepada masa depan pelajar tersebut.

“Impak pandemik ini kita tak boleh lihat sekarang, kita boleh lihat selepas beberapa tahun kerana kita tiada pengalaman.

Artikel Berkaitan:

“Jadi saya harap kerajaan dapat pantau situasi guru, ibu bapa, pelajar dan dengar suara mereka. Jangan diabai demi kebaikan masa hadapan,” katanya.