‘Buat apa nak takut dengan Vietnam’

Pemain Harimau Malaya tidak leka terutamanya dalam tempoh 10 minit sebelum rehat, 10 minit minit selepas aksi babak kedua bersambung dan 10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan. Gambar kecil: Jamal Nasir
Pemain Harimau Malaya tidak leka terutamanya dalam tempoh 10 minit sebelum rehat, 10 minit minit selepas aksi babak kedua bersambung dan 10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan. Gambar kecil: Jamal Nasir
A
A
A

LEGENDA bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menempelak sikap sesetengah pihak yang terus mempertikaikan kemampuan Harimau Malaya untuk meraih keputusan positif dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Beliau menegaskan, pihak yang berkenaan tidak boleh terlalu negatif terhadap barisan pemain kendalian Tan Cheng Hoe itu dalam meneruskan perjuangan mereka di bumi Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Belum bermain lagi dah banyak komen negatif daripada netizen yang mempertikaikan kemampuan pasukan kebangsaan. Umpama sebelum berjuang, kita dah tak ada semangat dan sudah mengaku kalah.

“Kita kena percaya bahawa pasukan kebangsaan adalah lebih bagus daripada Vietnam. Ini tidak, penyokong Malaysia sendiri kata Vietnam lebih kuat.

“Tiada mana-mana pasukan yang kuat selagi kita tidak bertanding di tengah padang. Pemain Vietnam juga sama seperti pemain Malaysia, ada dua kaki dua tangan. Jadi apa nak takut?

“Pasukan kebangsaan memerlukan sokongan kita. Kalau bukan kita, siapa lagi nak sokong pasukan kebangsaan? Sokongan daripada penyokong yang akan membuatkan pemain lebih bersemangat,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Jamal Nasir turut menasihatkan Harimau Malaya tidak leka terutamanya dalam tempoh 10 minit sebelum rehat, 10 minit minit selepas aksi babak kedua bersambung dan 10 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

“Dalam tempoh itu, pemain-pemain kena fokus kerana fizikal dan mental mereka dalam keletihan. Itu yang berlaku ketika menentang UAE baru-baru ini apabila dalam 10 minit terakhir bolos tiga gol.

Artikel Berkaitan:

“Pemain-pemain letih pun sebab mereka banyak kejar bola berbanding mengawal bola. Dalam bola sepak selagi kita ‘pegang’ bola, kita tidak akan letih,” jelasnya.