X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air di 13 kawasan kini 80 peratus pulih

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Pemulihan bekalan air di 13 kawasan sekitar ibu kota yang terjejas ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur pada Rabu telah mencapai 80 peratus setakat 7 malam Khamis.

Bagaimanapun, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri memaklumkan pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan yang terjejas dijangka mengalami kelewatan daripada masa yang dijadualkan.

“Tempoh pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan terjejas ialah pada 6 pagi 11 Jun 2021.

“Kelewatan pemulihan bekalan air ini disebabkan masalah teknikal di Rumah Pam Perkuat Kuari dan menyebabkan paras kolam masih belum mencapai tahap optimum. Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, bantuan bekalan air melalui lori tangki akan terus digerak ke kawasan yang masih terjejas.

Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori tangki.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!