Dr Muhaya mohon maaf

Muhaya merupakan Speaker pada Mega Seminar Magnet Rezeki Reset Minda yang akan berlangsung pada 22 Februari ini di Bangi Avenue Convention Centre (BACC).
Muhaya merupakan Speaker pada Mega Seminar Magnet Rezeki Reset Minda yang akan berlangsung pada 22 Februari ini di Bangi Avenue Convention Centre (BACC).
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad tampil memohon maaf selepas satu klip videonya yang tular, baru-baru ini telah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat khususnya kaum wanita.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk tampil memberikan penjelasan susulan perkara yang berlaku akibat daripada klip video yang berdurasi 56 saat itu.

“Bonda (Dr Muhaya) mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada bonda mahupun pasukan bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti kenyataan bonda, maka bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Pada Rabu, video memaparkan kenyataan Dr Muhaya yang menyatakan seseorang wanita ‘biarlah macam bodoh-bodoh sikit jika mahu mendapat jodoh’ telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dengan ada antaranya yang turut memberikan kecaman.

Tangkap layar hantaran di Facebook Dr Muhaya pada Khamis.
Tangkap layar hantaran di Facebook Dr Muhaya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Muhaya memaklumkan bahawa hantaran klip 56 saat tersebut sebenarnya merupakan petikan daripada siaran langsung yang diterbitkan pada 6 Februari 2021 di Facebook dan YouTubenya iaitu Prof Muhaya TV dengan durasi selama 45 minit.

Katanya, video yang bertajuk 'Antara cinta dan cita-cita' itu sebenarnya diadakan bagi menjawab persoalan dan komen-komen daripada Facebook berkaitan wanita yang dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta dan keluarga.

Artikel Berkaitan:

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Muhaya berkata, beliau yang juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya semestinya sentiasa mendukung serta mendoakan semua wanita untuk berjaya ke puncak tertinggi dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.