PAFA sokong tindakan MSL batal penyertaan Perlis

No Image Caption
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Perak (PAFA) menyokong keputusan Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk membatalkan penyertaan Perlis dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), khususnya Liga Premier musim ini.

Setiausaha Kehormatnya, Tajul Hasnan Omar berkata, biarpun keputusan berkenaan pastinya sukar untuk dilaksanakan namun PAFA percaya ia mewakili suara 23 pasukan dalam saingan Liga M.

"PAFA sebagai rakan kongsi MFL melihat perkara ini diambil demi kepentingan pemain dan Liga Malaysia.

"Ini memandangkan pertimbangan sewajarnya sudah dibuat dengan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) diberikan peluang untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Semetara itu Tajul Hasnan berkata, isu berkenaan tidak menjejaskan kerancakan dan perkembangan bola sepak tanah apabila saingan Liga-M terus mendapat tumpuan peminat tempatan.

Malah katanya, MFL yang diterajui oleh Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sedang berusaha untuk terus membantu pasukan sekali gus membawa Liga-M ke tahap lebih tinggi.

"Pelbagai pembaharuan seperti liputan secara langsung perlawanan Liga-M menerusi perkhidmatan internet termasuk televisyen didapati mula memberikan perkembangan positif kepada saingan liga tempatan.

"PAFA juga percaya MFL akan terus berusaha untuk meningkatkan profesionalisme pasukan serta saingan Liga-M di bawah teraju baginda," katanya.

Artikel Berkaitan: