Penghantar makanan maut rempuh pacuan empat roda

Penghantar makanan maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda di Jalan Subang-Sungai Buloh berhampiran kawasan Damansara pada petang Khamis.
Penghantar makanan maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda di Jalan Subang-Sungai Buloh berhampiran kawasan Damansara pada petang Khamis.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Subang-Sungai Buloh berhampiran kawasan Damansara pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang ketika mangsa berumur 23 tahun itu dipercayai dari arah Kampung Subang.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC itu melanggar bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja selenggara jalan dan berhenti di lorong pertama.

"Ketika kejadian, terdapat dua pekerja sedang mengawal lalu lintas di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda berkenaan, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang kenderaan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, akibat rempuhan, mangsa dipercayai telah terpelanting dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: