Gagal kemuka insurans, bot barter trade ditahan

Bot barter trade Indonesia ditahan kerana gagal mempamerkan insurans perkapalan.
Bot barter trade Indonesia ditahan kerana gagal mempamerkan insurans perkapalan.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Sebauh bot barter trade Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor dalam operasi rutin kerana gagal mempamerkan insurans perkapalan, pagi semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri, Komander Maritim Eizanizam Muhammad Eng berkata, bot berkenaan ditahan pada jarak lebih kurang 5.5 batu nautika dari barat daya Pelabuhan Klang, jam 9.57 pagi.

“Ketika melakukan rondaan rutin, sebuah bot barter trade Indonesia dikesan dalam perjalanan dari Jeti Panipahan, Indonesia ke Pelabuhan Klang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat tiga pekerja termasuk tekongdi atas bot berkenaan namun gagal mempamerkan insuran bot apabila diminta,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mempamerkan insurans bot.

“Bot dan ketiga-tiga lelaki warga Indonesia itu ditahan bersama hasil tangkapan kerang dara hidup yang dianggarkan seberat 3,000kg.

“Mereka diiringi ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: