Dua nelayan hilang ditemukan lemas

Pasukan Maritim Malaysia membawa naik mayat mangsa yang berjaya ditemukan di perairan Kuala Kurau, Parit Buntar pada Khamis. Foto: Ihsan Maritim Malaysia
Pasukan Maritim Malaysia membawa naik mayat mangsa yang berjaya ditemukan di perairan Kuala Kurau, Parit Buntar pada Khamis. Foto: Ihsan Maritim Malaysia
A
A
A

PARIT BUNTAR - Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka tenggelam dibadai ribut kira-kira 2.2 batu nautika di perairan Kuala Kurau, di sini pada Khamis, ditemukan lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mayat Yeap Bee Hin, 60, dan Tan Eng Thiang, 59, berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan sebaik menerima laporan tersebut.

"Kedua-dua mangsa telah keluar ke laut pada jam 6 pagi untuk menangkap ikan di Tanjung Piandang bersama empat rakan lain dengan menaiki tiga bot.

"Semasa dalam perjalanan balik, berlaku angin kuat dan ombak besar menyebabkan mereka terjatuh dan tidak sempat diselamatkan," katanya.

Menurutnya, pencarian melibatkan pasukan dari Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

"Dua bot pasukan Polis Marin dan Maritim Malaysia bersama 10 bot nelayan digunakan untuk membuat rondaan dan mencari mangsa di kawasan Tanjong Piandang dan Kuala Gula," katanya.

Artikel Berkaitan: