'Kasino mini' diserbu, 13 individu diberkas

Nasri Mansor (kanan) menyoal siasat individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah 'kasino mini' di sini pada Khamis.
Nasri Mansor (kanan) menyoal siasat individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah 'kasino mini' di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 13 kaki judi termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan di sebuah residensi yang dijadikan 'kasino mini' di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam serbuan pada jam 2.05 petang itu, pihaknya menahan 12 individu termasuk dua wanita dan seorang lelaki warga Perancis.

"Kita merampas dua meja kasino, 104 keping daun terup, 913 keping cip bernilai RM5, RM25, RM100 dan RM500 serta sejumlah wang tunai," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan pada Khamis.

Nasri berkata, hasil siasatan mendapati 'kasino mini' itu beroperasi setiap hari bermula jam 2 petang hingga 7 pagi.

"Penganjur kegiatan perjudian ini didalangi oleh seorang lelaki warga tempatan," katanya.

Nasri memaklumkan, kesemua individu itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1), Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan: