690 calon SPM di Perak dapat semua A

 Ahmad Saidi Mohamad Daud
Ahmad Saidi Mohamad Daud
A
A
A

IPOH - Seramai 690 calon di Perak mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang diumumkan pada Khamis.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, secara keseluruhannya, seramai 28,932 orang calon telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2020 dan daripada jumlah itu, seramai 24,789 calon mencatatkan keputusan layak mendapat sijil.

Menurut beliau, daerah Bagan Datuk pula muncul sebagai daerah terbaik dari segi peningkatan prestasi selain tujuh lagi daerah yang lain yang menunjukkan prestasi ketara.

"Gred Purata Negeri (GPN) juga seperti yang disasarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan kerajaan negeri di mana berlaku peningkatan prestasi dalam keputusan pada tahun 2020 berbanding 2019.

"Bagi subjek teras iaitu Sains, Pendidikan Moral, Sejarah dan Matematik pula, Perak turut mencatatkan peningkatan prestasi bagi keempat-empat subjek tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya pada Khamis.

Sementara itu, Ahmad Saidi berkata, usaha berterusan akan dilakukan kerajaan negeri dalam memastikan prestasi pelajar terus meningkat pada SPM tahun 2021.

Katanya, kerajaan negeri terus komited membantu JPN Perak melalui program yang rangka terutama menerusi inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani yang telah diperkenalkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad sebelum ini.

Artikel Berkaitan: