Najib cadang laksana i-Sinar, i-Lestari 2.0 pada kadar separuh

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah aset tabungan itu.

Menurut beliau, prestasi KWSP masih tinggi berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik memandangkan kumpulan tersebut mengumumkan keuntungan sebanyak RM19.3 bilion pada suku pertama 2021 dengan jumlah aset terkumpul jatuh kepada RM982 bilion berbanding RM998 bilion pada akhir tahun 2020.

"Biarlah rakyat menguruskan sebahagian daripada duit sendiri pada tempoh ‘total lockdown' ini sebab keadaan lebih parah berbanding lima bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan PKP 3.0.

"Jika bukan sekarang, maka bila? Sistem-sistem sudah ada. Logo ada. Elya pun ada.

"Tambahan pula, kesan daripada 'total locdown' sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kerajaan sepatutnya melaksanakan 'total lockdown' ketat semasa rakyat mendapat i-Sinar 1.0 lagi, namun akibat kegagalan PKP separuh masak yang berpanjangan menyebabkan pengeluaran i-Sinar 1.0 sudah kehabisan.

”PKP separuh masak ini bukan salah rakyat, tetapi salah kerajaan berulang kali buat perkara sama yang terbukti gagal.

Artikel Berkaitan:

”Sebab itu, harap kerajaan akan berbesar hati untuk benarkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0,” katanya.