X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki tikam 'bos' 13 kali hingga maut

Mangsa maut di hadapan rumah sewanya selepas ditikam 13 kali dan digilis oleh suspek pada Selasa. - Foto Istimewa
A
A

BENGKULU - Berang isterinya dirogol, seorang lelaki bertindak menikam majikannya sebanyak 13 kali sehingga maut di Bengkulu Indonesia.

Menerusi laporan Tribunnews, suspek berusia 23 manakala mangsa, 45 bekerja dengan menjual barang terpakai.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bengkulu, Iptu Welliwanto Malau berkata, hasil siasatan awal mendapati motif pembunuhan adalah kerana dendam.

"Suspek mengakui berdendam dengan mangsa setelah mendapat tahu isterinya telah dirogol sebanyak dua kali pada Mei lalu ketika dia tiada di rumah. Akibat perbuatan kejam itu, isteri suspek telah trauma dan beberapa kali cubaan bunuh diri.

"Suspek telah datang ke rumah sewa mangsa di Kampung Suka Merindu pada Selasa sebelum menikam mangsa sebanyak 13 kali. Bukan itu sahaja, suspek juga menggilis lelaki itu dengan menggunakan motosikal," katanya pada Rabu.

Akibat perbuatan kejam itu, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah ditemui meninggal dunia di hadapan rumah sewanya sebelum penduduk menghubungi polis manakala suspek berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, tiga jam kemudian, polis berjaya memberkas suspek di Kampung Tapak Gedung pada jam 8 malam.

"Semasa penangkapan, suspek hanya berdiam diri dan tidak melawan. Pembunuhan itu juga sudah dirancang suspek dan barang bukti turut ditemui iaitu sebilah pisau," katanya.

Menurut polis, suspek didakwa mengikut Seksyen 340 Kanun Keseksaan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!