X

Kindly register in order to view this article
!

Jalin Realty, Beike Realsee meterai MoU

Ian (kiri) dan Xin Chen menunjukkan dokumen perjanjian yang dimeterai bersama pada Rabu.
A
A

JALIN Realty Malaysia (Jalin Realty) dan Beike Realsee telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama untuk mempercepatkan pendigitalan merentasi industri hartanah global untuk memastikan perkhidmatan yang berkualiti, meningkatkan kecekapan dan mengatasi isu-isu semasa dalam industri hartanah.

Kedua-dua syarikat telah memeterai perjanjian secara maya yang disiarkan secara langsung di media sosial Facebook dan YouTube pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jalin Realty, Ian Chen berkata, kerjasama itu akan dilaksanakan di semua pejabatnya yang terletak di Malaysia, Australia, Singapura, Indonesia dan Hong Kong.

“Kumpulan akan memainkan peranan dalam mengurangkan penularan Covid-19 dan membantu masyarakat setempat dalam masa yang sukar ini.

“Dengan sokongan Beike Realsee, Jalin Realty akan menyediakan perkhidmatan pengehosan hartanah maya bercirikan realiti maya (VR) dan tiga dimensi percuma, yang bernilai sehingga RM5 juta untuk tempoh sehingga enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Zuraida menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Jalin Realty dan Beike Realsee yang diadakan secara maya pada Rabu.
Zuraida menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Jalin Realty dan Beike Realsee yang diadakan secara maya pada Rabu.

Ian berkata, perkhidmatan itu terbuka kepada semua pemaju Malaysia yang menyokong Kempen Pemilikan Rumah, semua pemilik harta yang merancang untuk menjual dan menyewa harta mereka dan ejen yang mempunyai senarai hartanah sedia ada.

“Jalin Realty menyediakan perkhidmatan merakam lawatan hartanah secara percuma, buat masa ini ditawarkan di kawasan Lembah Klang. Bagi mereka yang ingin menuntut tawaran ini, mereka boleh melayari Facebook atau laman web Jalin Realty,” katanya.

Jalin Realty adalah syarikat hartanah antarabangsa yang memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan profesional dalam industri hartanah selama 30 tahun.

Beike Realsee adalah sebuah syarikat yang tersenarai di NYSE (New York Stock Exchange), platform dalam talian (online) dan luar talian bersepadu yang terkemuka untuk urus niaga dan perkhidmatan perumahan.

Beike Realsee kini membuat teknologi VR terbaik dalam kelas yang tersedia di luar negara dan sekarang bekerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Jalin Realty.

Hadir dan menyaksikan majlis menandatangani MoU itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Beike Realsee, Hui Xin Chen.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!