X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Pas sembah maklum pendirian parti: Tuan Ibrahim

Kelihatan kenderaan yang dipercayai membawa Tuan Ibrahim keluar dari pintu 2 Istana Negara.
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau mempersembah maklum pendirian parti ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Beliau berkata, perbincangan yang berlangsung adalah berkisar mengenai perkembangan isu Covid-19, darurat dan persidangan Parlimen.

"Saya mewakili Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini masih dirawat di IJN untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

"Mewakili Pas, saya menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap dan mempersembah maklum pendirian parti. Perbincangan berlangsung hampir satu jam berkisar perkembangan isu Covid-19, darurat dan persidangan Parlimen," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong sangat terbuka dan mesra berbincang, namun serius apabila menitahkan hal-hal berkaitan kes Covid-19 yang sedang berlaku.

Justeru beliau berkata, Pas selaku sebahagian daripada komponen kerajaan akan terus mendukung pendirian yang diambil untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara hari ini.

"Pas juga telah mengarahkan seluruh jentera parti untuk terus memobilisasi usaha membantu petugas barisan hadapan dalam semua inisiatif di bawah program vaksinasi kebangsaan seperti melancarkan kempen dan bertindak sebagai pemudah cara untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!