X

Kindly register in order to view this article
!

China siap sedia lancar kapal angkasa Shenzhou-12

China bersiap sedia untuk melancarkan kapal angkasa Shenzhou-12 apabila roket pembawanya, Long March-2F Y12 selamat dipindahkan ke lokasi pelancaran pada Rabu. Foto Internet
A
A

JIUQUAN - China bersiap sedia untuk melancarkan kapal angkasa Shenzhou-12 apabila roket pembawanya, Long March-2F Y12 selamat dipindahkan ke lokasi pelancaran di sini pada Rabu.

Menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), kapal angkasa itu akan menjalani pelbagai ujian fungsi sebelum dilancarkan.

Terdahulu, timbalan ketua pereka projek angkasa lepas bermanusia, Yang Liwei memaklumkan rancangan menghantar tiga angkasawan ke angkasa lepas menggunakan Shenzhou-12 bulan ini.

Anak kapal berkenaan akan ditempatkan di modul teras stesen angkasa Tianhe untuk menjalankan misi selama tiga bulan merangkumi penyenggaraan luar kabin, penggantian peralatan dan lain-lain.

Menurut jadual, China dijangka melancarkan kapal angkasa kargo Tianzhou-3 dan kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-13 masing-masing pada September dan Oktober. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!