Tiga penumpang tren diletakkan di wad pemerhatian

Seramai 47 penumpang cedera parah, manakala 166 mengalami kecederaan ringan dalam nahas tren LRT di dalam terowong berdekatan Stesen KLCC pada 24 Mei lalu.
Seramai 47 penumpang cedera parah, manakala 166 mengalami kecederaan ringan dalam nahas tren LRT di dalam terowong berdekatan Stesen KLCC pada 24 Mei lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur susulan insiden kemalangan pada 24 Mei lalu kini diletakkan di wad pemerhatian neurosurgen.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam sidang akhbar laporan insiden pertembungan dua tren LRT pada Khamis.

Menurut beliau, kesemua penumpang tersebut menunjukkan perkembangan positif.

"Kami lega selepas mereka mendapat perhatian rapi daripada pakar-pakar perubatan sejak dirawat," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan terkini ketiga-tiga penumpang berkenaan.

Sebelum ini, mereka dilapor mengalami pendarahan otak dan pembedahan telah dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: LRT bertembung: Tiga alami pendarahan otak

Seramai 47 penumpang cedera parah, manakala 166 mengalami kecederaan ringan apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang bertembung di dalam terowong berdekatan Stesen KLCC pada jam 8.45 malam, 24 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Menyentuh mengenai pampasan terhadap mangsa, Ka Siong berkata, setiap orang mempunyai hak untuk membuat tuntutan selepas insiden berlaku.

"Kita tidak boleh lari, kes telah pun masuk ke mahkamah.

"Prasarana (Prasarana Malaysia Bhd) akan berdepan dengan hal ini kerana mereka mempunyai perlindungan insurans," katanya.

Pada 31 Mei lalu, keluarga salah seorang penumpang tren LRT yang dirawat di ICU menuntut pampasan RM1.8 juta daripada pengendali tren berkenaan susulan insiden tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden LRT: Keluarga mangsa tuntut pampasan RM1.8 juta