Mohd Shafie selesai menghadap Agong

Kenderaan yang membawa Mohd Shafie keluar dari pintu 2 Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.
Kenderaan yang membawa Mohd Shafie keluar dari pintu 2 Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Kenderaan yang membawa Mohd Shafie dilihat keluar dari Istana Negara pada jam 4.20 petang, kira-kira satu jam selepas memasuki pintu 2 Istana Negara.

Media difahamkan Mohd Shafie merupakan wakil pemimpin terakhir yang menghadap Al- Sultan Abdullah selepas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Mohd Shafie.

Artikel Berkaitan: