JKM kesan waris kanak-kanak

JKM Gombak sedang mengesan waris seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.
JKM Gombak sedang mengesan waris seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.
A
A
A

GOMBAK - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak sedang mengesan waris seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Pegawai Pelindung JKM Gombak, Muhammad Khairi Kamaruddin berkata, kanak-kanak tersebut dikenali Nor Mazlina dipercayai didera dan diabaikan oleh penjaga.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut telah diselamatkan oleh Pelindung Gombak dan kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan.

"JKM Gombak ingin mengesan penjaga kanak-kanak ini bernama Normazwin Norlahan dan Mohd Arif Rushdan.

“Kanak-kanak ini dipercayai mempunyai dokumen pendaftaran diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, waris atau ahli keluarga serta orang awam yang mengenali kanak-kanak ini diminta tampil bagi membincangkan hal penjagaan dan penempatan kanak-kanak tersebut.

Mereka boleh menghubungi JKM Daerah Gombak di talian 03-61785731 atau 03-61785931 bagi urusan tersebut.

Artikel Berkaitan: