Lelaki Indonesia ditemui mati di bilik sewa

Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati di bilik sewanya di kawasan Pusat Perdagangan Kempas, di sini pada Selasa. Foto hiasan.
Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati di bilik sewanya di kawasan Pusat Perdagangan Kempas, di sini pada Selasa. Foto hiasan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati di bilik sewanya di kawasan Pusat Perdagangan Kempas, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam pada jam 11.30 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa adalah seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 48 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai. Dia tinggal berseorangan di bilik sewa tersebut dan siasatan sehingga kini mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui ke atas mangsa.

“Lelaki berkenaan telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan jenazahnya telah dituntut oleh waris serta selamat dikebumikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas Rupiah, satu kertas siasatan ‘sudden death report’ telah dibuka dan pihak polis masih menjalankan siasatan ke atas kes ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunya maklumat berkaitan kes terbabit supaya tampil menyalurkan maklumat berkaitan atau menghubungi IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Artikel Berkaitan: