MAIWP peruntuk RM1 juta bantu pengawal keselamatan terjejas

Simbolik penyerahan disampaikan Daud (kanan) kepada Ramli sambil disaksikan oleh Zulkifli (tengah) di Lobi Kompleks Islam Putrajaya pada Khamis.
Simbolik penyerahan disampaikan Daud (kanan) kepada Ramli sambil disaksikan oleh Zulkifli (tengah) di Lobi Kompleks Islam Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah program Prihatin Kasih Asnaf 3.0 memperuntukkan sebanyak RM1 juta khusus buat pengawal keselamatan yang terjejas dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

MAIWP dalam satu kenyataan berkata, dianggarkan seramai 2,000 pengawal keselamatan akan menerima manfaat daripada inisiatif tersebut.

"Pengawal keselamatan yang tersenarai menerusi Persatuan Industri Keselamatan Malaysia akan menerima bantuan sebanyak RM500 secara one-off," katanya kenyataan tersebut pada Khamis.

Simbolik penyerahan sumbangan disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia, Datuk Ramli Yusof di Lobi Kompleks Islam Putrajaya pada Khamis.

Turut hadir ialah Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Daud Bakar.

MAIWP berkata, sumbangan kepada pengawal keselamatan itu merupakan salah satu inisiatif diumumkan MAIWP bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan semasa pelaksanaan PKP 3.0.

"Melalui program ini, MAIWP memperuntukkan jumlah yang sangat besar iaitu sebanyak RM38.87 juta melibatkan seramai 75,210 orang penerima.

"Peruntukan inisiatif yang pelbagai ini hasil daripada para pembayar zakat yang menunaikan tanggungjawab di Pusat Pungutan Zakat MAIWP di Wilayah Persekutuan," katanya.

Artikel Berkaitan: