Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Covid-19 menurun kepada 5,671 kes

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 di negara ini kembali menurun dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, sebanyak 5,671 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis berbanding 6,239 kes pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 639,562 kes.

"Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,510 kes diikuti Kuala Lumpur (769), Sarawak (631 ), Negeri Sembilan (593) dan Johor (524).

“Selain itu, Kedah merekodkan 309 kes, Kelantan (262), Sabah (233), Melaka (184), Pulau Pinang (166), Perak (143), Pahang (112), Terengganu (108), Labuan (106), Putrajaya (18) dan Perlis (tiga),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 7,325 kes sembuh dicatatkan dengan kes aktif kini sebanyak 79,848, manakala 911 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 462 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya, sebanyak 73 kes kematian direkodkan melibatkan 29 kes di Selangor, Johor (11) dan Negeri Sembilan lapan kes.

“Selain itu, masing-masing empat kes di Kedah, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Manakala tiga kes di Pahang, Kelantan (dua) serta serta masing-masing satu di Melaka, Sabah, Terengganu dan Perak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, terdapat 22 kluster baharu turut dikesan melibatkan 18 kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster keagamaan menjadikan jumlah kluster aktif kini 745 kluster.