Suami isteri tidak mengaku salah beri anak hisap vape

Pada 5 Mei lalu, Sinar Harian memaparkan kisah seorang kanak-kanak kecil berusia hampir dua tahun menghisap rokok elektronik yang dihulurkan seorang lelaki dipercayai bapanya sendiri.
Pada 5 Mei lalu, Sinar Harian memaparkan kisah seorang kanak-kanak kecil berusia hampir dua tahun menghisap rokok elektronik yang dihulurkan seorang lelaki dipercayai bapanya sendiri.
A
A
A

SELAYANG - Sepasang suami isteri yang tular di media sosial dalam kejadian memberi anak mereka yang berusia setahun sembilan bulan menyedut vape, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan bulan lalu.

Mereka yang masing-masing berusia 23 dan 21 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki, mengabaikannya dengan cara memberi menghisap vape yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Kejadian didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, di sini pada jam 1 pagi, 2 Mei lalu.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000.

Bagaimanapun, lelaki itu yang bekerja sebagai penghantar surat manakala isterinya sebagai suri rumah merayu agar jumlah ikat jamin diberi pada kadar rendah.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000.

Artikel Berkaitan:

"Mereka juga dilarang tinggal serumah dengan mangsa sehingga kes selesai dan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Julai depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pada 5 Mei lalu, Sinar Harian memaparkan kisah seorang kanak-kanak kecil berusia hampir dua tahun menghisap rokok elektronik sambil dihulurkan seorang lelaki dipercayai bapanya sendiri.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis telah pergi ke sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Air Panas untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut pada jam 4.50 petang dan menahan lelaki berkenaan.