Lebih 50 premis makanan kena serbu

Dr Sin Yew (kiri) dan Mohd Jaafar menunjukkan rokok yang dirampas dalam operasi dijalankan.
A
A

MARANG - Lebih 50 premis makanan termasuk pasar raya dan stesen minyak 'diserbu' 138 penguatkuasa Jabatan Kesihatan Terengganu dalam operasi bersepadu di daerah ini yang berakhir malam tadi.

Pegawai Kesihatan Marang, Dr Tan Sin Yew berkata, perkara itu adalah selaras bagi memastikan makanan yang dijual adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Dalam operasi aktiviti rampasan makanan ini, sebanyak 12 premis telah diperiksa manakala sebanyak 227 item dirampas dengan jumlah nilai rampasan adalah sebanyak RM3,264.

"Kami juga telah mengeluarkan lak/sita kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan dengan nilaian lak sebanyak RM1,831. Kesalahan dikesan adalah 'food alert'," katanya kepada Sinar Harian.

Turut menyertai operasi ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Terengganu, Mohd Jaafar Sulong.

Lapan notis kompaun dikeluarkan dan sebanyak 128 item bernilai RM1,183 dirampas mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Lapan notis kompaun dikeluarkan dan sebanyak 128 item bernilai RM1,183 dirampas mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Dr Sin Yew berkata, sebanyak tujuh buah kedai makan juga ditutup semasa operasi bagi Aktiviti Pemeriksaan Premis Makanan kerana rating premis makanan berkenaan yang terlalu rendah.

"Bagi aktiviti penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, 20 buah premis diperiksa dan lapan notis kompaun dikeluarkan dan sebanyak 128 item bernilai RM1183 dirampas.

"Selain itu, bagi aktiviti penguatkuasaan di bawah Seksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP) sebanyak 59 premis diperiksa dan terdapat tiga premis positif pembiakan.

"Kita juga mengeluarkan enam notis pentadbiran kepada pemilik premis yang terbabit," katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan anggota penguatkuasa Pejabat Kesihatan Marang akan terus menjalankan pemantauan secara berkala dan bukan hanya semasa operasi bersepadu sahaja.

"Ini kerana pihak kami mahu masyarakat setempat dan juga pelancong mendapat makanan yang selamat, persekitaran bebas dari serangga pembawa penyakit dan udara bebas dari asap rokok," katanya.