Pesawat tentera terhempas di Myanmar

Sebuah pesawat tentera terhempas di wilayah Mandalay Myanmar. - Foto AFP
Sebuah pesawat tentera terhempas di wilayah Mandalay Myanmar. - Foto AFP
A
A
A

YANGON - Sebuah pesawat tentera terhempas di wilayah Mandalay Myanmar akibat cuaca buruk pada pagi Khamis, kata seorang jurucakap tentera kepada Xinhua.

Membawa 14 penumpang, pesawat tentera itu berlepas dari bandar raya Nay Pyi Taw menuju ke Pyin Oo Lwin sebelum terhempas di Pyin Oo Lwin, wilayah Mandalay sekitar 8 pagi waktu tempatan, kata Mejar Jeneral Zaw Min Tun dari Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri.

Dua mangsa telah diselamatkan dan dihantar ke hospital tentera untuk menerima rawatan

Menurutnya jumlah korban belum diketahui berikutan operasi menyelamat masih dijalankan.

Sementara itu, laman media sosial Jabatan Bomba Wilayah Mandalay menyatakan 12 penumpang terbunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: