Kerajaan ambil kira semua faktor isu bantahan kolam udang

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan, Mujahid menggesa Saarani supaya campur tangan dalam isu membabitkan pembinaan projek kolam udang di kawasan hutan bakau Kuala Bagan Tiang.
Pada Rabu Sinar Harian melaporkan, Mujahid menggesa Saarani supaya campur tangan dalam isu membabitkan pembinaan projek kolam udang di kawasan hutan bakau Kuala Bagan Tiang.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak akan mengambil kira semua faktor dalam membuat keputusan berhubung isu bantahan projek akuakultur melibatkan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPNP) di Kuala Bagan Tiang, Parit Buntar.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, antara faktor yang akan dilihat termasuklah status tanah berkenaan, tempoh kelulusan dan sebagainya.

Menurutnya, pihak pengurusan PPPNP akan diminta memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan.

"Saya membaca laporan akhbar. Tentulah saya akan panggil pengurusan sebab nak tengok status tanah, bila diluluskan, kepada siapa diluluskan dan sebagainya. Selepas dapat semua itu kita akan buat keputusan.

"Kita kena lihat semua faktor, nelayan pun kita ambil kira, PPPNP pun ambil kira, pengusaha pun ambil kira," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran PPV Pandu Lalu di Stadium Indera Mulia, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang meminta Saarani campur tangan dalam isu membabitkan pembinaan projek kolam udang di kawasan hutan bakau Kuala Bagan Tiang.

Sementara itu, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria dalam satu kenyataan berasingan berkata, kerajaan negeri sedia melakukan kajian semula sekiranya berlaku ketidakseimbangan ekosistem kepada alam sekitar dan menyebabkan pendapatan nelayan terjejas bagi menjaga kepentingan penduduk.

Menurutnya, kelulusan milikan tanah kepada PPPNP di wilayah Sungai Betul mukim Bagan Tiang daerah Kerian dengan keluasan 80 hektar telah diluluskan kerajaan negeri pada tahun 2015 bagi tujuan pertanian

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Tanah PPPNP dan mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP pula telah meluluskan pajakan tanah kepada pihak pengusaha bagi menyumbang kepada perkembangan industri makanan.

"Susulan isu yang dibangkitkan oleh penduduk yang mendakwa projek tersebut mengganggu kelestarian alam dan menjejas pendapatan nelayan, pihak kerajaan negeri akan membuat kajian dan telah mengarahkan pihak berwajib untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

"Dakwaan tersebut akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk dibincangkan sebelum satu keputusan terbaik dibuat demi kebaikan semua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesan buruk projek kolam udang, MB Perak digesa campur tangan