X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M tiba di Istana Negara

Kelihatan kenderaan yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki pintu 2 Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 2.30 petang telah tiba di Istana Negara.

Kenderaan membawa bekas Perdana Menteri itu dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 1.58 petang.

Dr Mathahir merupakan wakil pemimpin parti politik ketiga yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Difahamkan Dr Mahathir akan menganjurkan satu sidang akhbar dalam talian sebaik sahaja selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod, setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pemimpin parti yang selesai sembah menghadap pada Khamis.

Kenderaan yang membawa pemimpin parti tersebut tidak berhenti dan terus beredar dari Istana Negara.

Media yang masih berkampung di pekarangan pintu 2 Istana Negara terus diingatkan untuk menjaga penjarakan sepanjang liputan berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN Agong cari jalan selesai kemelut negara

Amanah rayu Agong guna kuasa buka semula Parlimen

SINAR PM: PKR terus desak Parlimen segera bersidang


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!