Enam ditahan terlibat parti liar

Enam indivudu yang ditahan kerana terlibat dengan parti liar.
Enam indivudu yang ditahan kerana terlibat dengan parti liar.
A
A
A

BUTTERWORTH - Enam individu termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dalam parti liar yang diadakan di sebuah pangsapuri di Butterworth di sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka ditahan dalam satu serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang selepas mendapat aduan awam mengenai aktiviti tidak bermoral yang dilakukan kumpulan terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan menemui sebuah alat pembesar suara dan alat pemancar leser yang digunakan untuk parti liar berkenaan.

"Kesemua mereka ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tujuan berkumpul dan berhibur. Mereka dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing dilakukan turut mendapati kesemua mereka positif dadah.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Noorzainy berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan operasi seperti ini terutamanya dalam tempoh perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) bagi memastikan masyarakat mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, sejak bermula perlaksanaan 'total lockdown' pada 1 sehingga 9 Jun lalu pihaknya telah mengeluarkan kompaun kepada 191 individu dengan nilai sebanyak RM725,500.

Tambahnya, kesalahan yang mencatatkan jumlah kompaun tertinggi melibatkan kes rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran dengan jumlah kompaun RM330,000.

Artikel Berkaitan: