Impak positif fenomena 'Bossku'

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan. Foto Sinar Harian: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan. Foto Sinar Harian: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A
SEMENYIH - BN mengakui fenomena ‘Bossku’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi impak positif kepada kempen parti itu pada PRK DUN Semenyih.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, beliau melihat Najib mampu menarik perhatian orang ramai ibarat ‘magnet’ yang kuat setiap kali Najib turun kawasan PRK ini.

“Penerimaan golongan muda terhadap beliau juga semakin meningkat. Kami tidak pernah mengatur program Najib, kita hanya mendengar khabar beliau akan turun. Saya sendiri pernah melihat sokongan anak muda ketika kunjungannya,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan PH takut dengan fenomena ‘Bossku’.

“Jika mereka tidak takut, mereka tidak akan ‘menyerang’ Najib, kami tidak terkejut memang itu strategi mereka,” katanya.

Mat Nadzari berkata, BN juga berharap dapat merampas semula kerusi DUN Semenyih.

“Berdasarkan survey yang dibuat oleh badan bebas yang dilantik, kita dapat melihat pengundi yang tidak puas hati terhadap kerajaan, selain kita juga menerima sokongan pengundi di kawasan yang lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: