Hati-hati tawaran upah haji di laman sosial

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan PDRM mengesan wujudnya iklan-iklan berkenaan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun ini yang ditawarkan oleh beberapa agensi pelancongan.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan PDRM mengesan wujudnya iklan-iklan berkenaan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun ini yang ditawarkan oleh beberapa agensi pelancongan.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji yang sering dipromosikan di laman sosial oleh agensi pelancongan dan individu tertentu.

TH dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan rukun Islam kelima itu memerlukan setiap jemaah dari luar Arab Saudi mendapatkan visa menunaikan haji, manakala penduduk tempatan perlu memohon permit terlebih dahulu.

Menurut TH, sehingga kini kerajaan Arab Saudi masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berkaitan pelaksanaan ibadat haji bagi tahun ini.

"TH dan anak syarikatnya tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk promosi, penawaran mahupun penyediaan perkhidmatan badal haji.

"TH amat bimbang dengan kes penipuan badal haji yang berlaku setiap tahun dan meminta orang ramai untuk memastikan ejen atau individu yang menawarkan perkhidmatan ini mempunyai kebenaran menunaikan haji serta berkelayakan dari segi ilmu melaksanakan badal haji itu dengan sempurna," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Malah, TH menjelaskan, tawaran badal haji pada kadar bawah RM2,500 untuk seorang adalah tidak munasabah kerana kos permit dan lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji adalah jauh lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Waspada penipuan pakej haji dan umrah

Artikel Berkaitan: