RM7.70 juta kepada 2,568 syarikat pengendali pelancongan terjejas

Sebanyak 2,568 syarikat pengendali pelancongan menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
Sebanyak 2,568 syarikat pengendali pelancongan menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,568 syarikat pengendali pelancongan menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) melibatkan penyaluran peruntukan berjumlah RM7.70 juta.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan pada Khamis bagaimanapun berkata, masih banyak syarikat berkaitan belum menerima manfaat daripada bantuan kewangan yang disediakan itu.

"Justeru, MOTAC akan menambah baik syarat kelayakan bagi memastikan lebih banyak golongan sasaran menerima manfaat dengan tampil mengemukakan permohonan bagi tujuan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOTAC, maklumat mengenai syarat kelayakan Pemerkasa 2021 bagi syarikat pengendali pelancongan yang berlesen di bawah kementerian itu boleh didapati melalui laman sesawang http://www.motac.gov.my/PemerkasaMotac2021.

Tarikh tutup permohonan bagi inisiatif tersebut adalah pada 15 Julai ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas mengumumkan Geran Bantuan Khas secara 'one-off' sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC. - Bernama

Artikel Berkaitan: