X

Kindly register in order to view this article
!

Suu Kyi didakwa terima emas 11kg, wang tunai RM2.46 juta

Suu Kyi - Foto AFP
A
A

YANGON - Pemimpin parti Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi didakwa di bawah undang-undang antirasuah kerana dituduh menerima bayaran haram dalam bentuk emas dan wang tunai sebanyak AS$600,000 (RM2.46 juta), lapor media negara itu pada Khamis.

Negara itu berada dalam keadaan kekacauan selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa ke atas Suu Kyi pada 1 Februari lalu dengan hampir 850 orang awam terbunuh dalam operasi menyuaraikan penunjuk perasaan antirampasan kuasa oleh pihak berkuasa keselamatan Myanmar hampir setiap hari.

Pemimpin berusia 75 tahun itu yang pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan berada dalam tahanan sejak rampasan kuasa tentera berlaku pada 1 Februari lalu.

Beliau yang juga bekas Penasihat Negara berdepan dengan satu siri tuduhan jenayah termasuk hasutan dan melanggar undang-undang kerahsiaan negara tesebut.

Dakwaan terbaharu itu berkaitan dengan tuduhan oleh bekas Ketua Menteri Yangon bahawa Suu Kyi menerima sebanyak AS$600,000 dalam bentuk wang tunai bersama 11 kilogram (kg) emas.

Suruhanjaya Antirasuah Myanmar menemui bukti bahawa Suu Kyi melakukan rasuah dengan menggunakan kedudukannya, menurut akhbar Global New Light of Myanmar.

"Justeru, beliau didakwa di bawah undang-undang Antirasuah seksyen 55," menurut akhbar berkenaan seperti yang dilaporkan oleh AFP.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kedudukannya apabila bertindak menyewakan dua buah tanah untuk yayasan kebajikannya. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!