Pakej Kita Selangor 2.0 legakan hati rakyat

Rizam Ismail
Rizam Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 berjumlah RM551.56 juta yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membantu rakyat menarik nafas lega ketika berdepan situasi Covid-19.

Ia mendapat pujian daripada Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail yang menyambut baik usaha kerajaan negeri untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pemberian peruntukan tambahan berjumlah RM 50, 000 untuk semua ADUN di Selangor termasuk wakil rakyat pembangkang.

"Tindakan kerajaan negeri memberi bantuan tanpa mengira latar belakang parti adalah sangat wajar dalam mendengar rintihan rakyat.

" Semoga dengan pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 ini memberi manfaat kepada rakyat Selangor, sekali gus mampu mencegah penularan Covid-19 di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu, Amirudin mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 melibatkan peruntukan 551.56 juta melalui 25 program yang bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor umum peruntukan RM551.5 juta tangani pandemik

Artikel Berkaitan: