Trump mahu bertemu empat mata dengan Jong-un

Persidangan pertama Trump dan Jong-un berlangsung di Singapura pada Jun tahun lalu. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di persidangan yang dijadual berlangsung di Hanoi pada 27- 28 Februari ini.

Menurut sumber AS, Trump dan Jong-un berpeluang bertemu empat mata sebelum meneruskan mesyuarat bersama pasukan masing-masing.

Sementara itu, Wakil Khas AS ke Pyongyang, Stephen Biegun telah berada di Hanoi bagi berbincang dengan rakan sejawat dari Korea Utara, Kim Hyok Chol.

Persidangan pertama Trump dan Jong-un berlangsung di Singapura pada Jun tahun lalu, di mana jutawan AS tersebut menggesa komitmen penuh Pyongyang dalam melaksanakan kempen nyah nuklear di Semenanjung Korea. - BBC


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia