11 maut apartmen dua tingkat runtuh di Mumbai

Operasi mencari dan menyelamat tiga orang lagi penduduk dilakukan pada Khamis selepas sebuah bangunan apartmen runtuh di Mumbai pada malam Rabu. - Foto ANI
Operasi mencari dan menyelamat tiga orang lagi penduduk dilakukan pada Khamis selepas sebuah bangunan apartmen runtuh di Mumbai pada malam Rabu. - Foto ANI
A
A
A

MUMBAI - Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh apabila hujan lebat menyebabkan sebuah bangunan apartmen dua tingkat runtuh di kawasan yang sesak dengan penduduk di Mumbai, kata pihak berkuasa India pada Khamis.

Pihak berkuasa bandar raya Mumbai mengesahkan sebanyak tujuh lagi penduduk cedera dalam kejadian yang berlaku pada malam Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan selepas beberapa orang lagi dikhuatiri hilang dalam kejadian berkenaan.

Penduduk di kawasan berdekatan dengan runtuhan itu telah dipindahkan kerana struktur bangunan yang didiami mereka berada dalam keadaan yang berbahaya.

Menurut AFP, seramai enam daripada tujuh orang yang cedera itu berada dalam keadaan stabil.

Mangsa yang ketujuh itu merupakan seorang wanita berusia 30 tahun berada dalam kritikal dan dirawat di sebuah hospital.

"Seramai tiga orang dilaporkan terperangkap di celah-celah runtuhan dan operasi mencari serta menyelamat dilakukan bagi mencari mereka," kata seorang kakitangan pihak berkuasa bandar raya Mumbai, Prabhat Rahangdale kepada akhbar Indian Express. - Agensi

Artikel Berkaitan: