Lapangan terbang di Iraq diserang dron

 Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menjadi sasaran serangan dron pada Khamis. Gambar hiasan. - Foto 123RF
Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menjadi sasaran serangan dron pada Khamis. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

BAGHDAD - Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menjadi sasaran serangan dron pada Khamis, lapor Anadolu memetik kenyataan bahagian Keselamatan Media Pejabat Perdana Menteri Iraq.

Menurut kenyataan itu, tiga buah dron menyasarkan Camp Victory, bekas penempatan tentera di sekitar lapangan terbang yang menempatkan askar Amerika Syarikat.

“Mereka yang cuba menggugat kestabilan di Iraq akan dihukum,” kata kenyataan itu tanpa memberikan butiran lanjut mengenai korban atau kerosakan.

Sementara itu, Pangkalan Udara Balad di wilayah Salahuddin di tengah Iraq turut diserang tiga roket pada awal pagi, namun tiada kematian dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: