X

Kindly register in order to view this article
!

Hutan Israel di pinggir Baitulmaqdis terbakar

Asap hitam menyelubungi sebuah kawasan penduduk akibat kebakaran hutan dekat NeveIlan di pinggir Baitulmaqdis pada Rabu. - Foto Flash90
A
A

BAITULMAQDIS - Sebuah kawasan hutan di pinggir Baitulmaqdis terbakar menyebabkan sejumlah penduduk terpaksa berpindah pada Rabu sebelum anggota-anggota bomba Israel berjaya mengawal kebakaran itu.

Ekoran kebakaran itu, sebuah lebuh raya dari Baitulmaqdis ke Tel Aviv turut ditutup bersama dengan sebuah laluan kereta api yang menghubungkan dua bandar utama Israel, kata polis.

Polis menyatakan kebakaran itu yang berlaku kira-kira 15 kilometer ke barat laut Baitulmaqdis berjaya dikawal selepas ia merebak ke kawasan seluas 265 hektar walaupun kebakaran kecil masih berlaku.

Menurut AFP, setakat ini punca kebakaran masih tidak diketahui.

Kebakaran itu merebak ke kawasan hutan dekat dengan kawasan penduduk yang padat dan menyebabkan asap hitam menyelubungi udara.

Penduduk kampung Maale HaHamisha dan Yad Hashmona telah dipindahkan ekoran kebakaran itu, kata polis rejim Zionis.

Namun, penduduk kemudian dibenarkan kembali ke rumah masing-masing pada waktu malam. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!