Presiden MCA tiba di Istana Negara

Kelihatan kenderaan yang dipercayai membawa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong memasuki pintu 2 Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tiba melalui pintu 2 Istana Negara pada jam 11.54 pagi Khamis.

Beliau merupakan pemimpin kedua memasuki Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Ka Siong tiba tidak lama selepas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat keluar dari Istana Negara.

Bagaimanapun kenderaan yang membawa Tuan Ibrahim tidak berhenti. Tiada sebarang kenyataan dibuat kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN Agong cari jalan selesai kemelut negara

Amanah rayu Agong guna kuasa buka semula Parlimen

SINAR PM: PKR terus desak Parlimen segera bersidang

Artikel Berkaitan: