MAIWP peruntuk RM38.87 juta bantuan zakat khas

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM38.87 juta bagi pemberian bantuan zakat khas menerusi program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 kepada 75,210 penerima yang layak.

Menurut kenyataan MAIWP pada Khamis, peruntukan itu adalah hasil yang diterima daripada pembayar zakat yang menunaikan rukun Islam keempat di Pusat Zakat MAIWP di Wilayah Persekutuan.

Daripada jumlah itu, RM1 juta disumbangkan kepada 2,000 pengawal keselamatan yang tersenarai menerusi Persatuan Industri Keselamatan Malaysia.

“Senarai pengawal keselamatan yang layak diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri oleh Presiden persatuan Datuk Seri Ramli Yusof baru-baru ini.

“Setiap pengawal keselamatan menerima RM500 secara 'one-off',” kata MAIWP.

Penyerahan sumbangan itu merupakan antara 11 inisiatif yang diumumkan MAIWP, bertujuan membantu golongan terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh berkuat kuasa 1 hingga 14 Jun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: