Ronaldo terus pamer ketajaman

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

[DIKEMASKINI] PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo terus membuktikan ketajamannya di pentas antarabangsa apabila meledak gol ketika membantu pasukannya menewaskan Israel 4-0 pada perlawanan persahabatan awal pagi Khamis.

Jaringan tersebut menyaksikan Ronaldo sudah mengumpul 104 gol dalam 175 penampilan dan hanya kekurangan lima gol untuk menyamai rekod jaringan yang dilakukan Ali Daei dari Iran.

Bagi rakan sepasukan Ronaldo di Portugal, Jose Fonte, penyerang Juventus itu membuktikan dia masih seorang pemain yang berbisa dan mampu memberikan impak bersama Portugal di kejohanan Euro 2020 nanti.

"Dia (Ronaldo) adalah ketua dan kapten kami.

Seperti biasa dia menyiapkan diri untuk kejohanan dan perlawanan dengan cara yang terbaik. Sebab itu, dia masih boleh berada di sini pada usia mencecah 36 tahun. "Jaringan gol yang dilakukan Ronaldo membuktikan kemampuannya.

Dia masih boleh terus bermain dan kami jangkakan kemampuan luar biasanya untuk membawa pasukan dalam kejohanan Euro kali ini," katanya.

Ronaldo sememanganya dikenali sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sejak sedekad yang lalu dan kemampuannya masih ditagih di jentera serangan Portugal walaupun akan mencecah usia 36 tahun. Bagaimanapun, prestasi Ronaldo sedikit menurun di peringkat kelab selepas gagal memacu Juventus memenangi La Liga dan terkandas di peringkat 16 terbaik liga Juara-Juara.

Ia sekali gus mengundang kritikan sesetengah pihak yang menyifatkan keupayaan Ronaldo sudah semakin pudar dan seharusnya tidak menjadi tonggak utama di Juventus dan Portugal.

Artikel Berkaitan: