X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin puji keputusan SPM 2020 rekod pencapaian terbaik

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
A
A

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang mencapai pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, beliau berkata, calon SPM tahun lalu berdepan dengan cabaran apabila peperiksaan yang dijadualkan ditangguhkan beberapa kali akibat pandemik Covid-19.

"Saya berbangga kerana setiap daripada anda adalah individu yang hebat memandangkan peperiksaan kali ini amat jauh berbeza cabarannya berbanding tahun-tahun sudah dalam situasi negara serta dunia bergelut dengan pandemik Covid-19.

"Anda semua diuji dengan cabaran yang getir namun berbekalkan semangat serta keazaman tinggi dengan sokongan semua pihak, cabaran itu berjaya anda harungi," katanya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN Keputusan SPM 2020 rekod GPN terbaik dalam tempoh 5 tahun

Menurutnya, usaha berlipat-ganda guru dan ibu bapa yang turut berhempas pulas membantu pelajar mengharungi peperiksaan telah membuahkan hasil.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru. Usaha telah pun dilakukan menerusi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang penuh mencabar dalam suasana norma baharu," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menitipkan pesanan kepada pelajar yang mendapat keputusan tidak seperti diharapkan.

"Ia bukanlah penamat. Perjalanan dan perjuangan hidup anda baru bermula," katanya.

Ujarnya, banyak ilmu dan bidang serta pengalaman yang belum diterokai.

"Jadikan keputusan yang diterima hari ini sebagai penyuntik semangat untuk anda terus berusaha bagi memastikan kehidupan serta masa depan yang terjamin.

"Sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menerima


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!