Polis cari pemilik IG Safieilyas, Pipinatasha

Dua pemilik akaun Instagram iaitu Safieilyas dan Pipinatasha diminta tampil untuk membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berkenaan.
Dua pemilik akaun Instagram iaitu Safieilyas dan Pipinatasha diminta tampil untuk membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berkenaan.
A
A
A

KAJANG - Dua pemilik akaun Instagram iaitu Safieilyas dan Pipinatasha diminta tampil untuk membantu siasatan berhubung satu siaran secara langsung menerusi aplikasi media sosial berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komissioner Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, siaran langsung menerusi media sosial berkenaan didakwa mengandungi komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

"Polis menerima laporan daripada seorang pensyarah berhubung pautan Instagram live milik ‘safieyillias94’ yang merupakan host bersama Instagram ID pipinatasha yang berpakaian menjolok mata, Instagram live itu turut melibatkan dua kanak-kanak bawah umur.

"Pensyarah berkenaan melihat siaran secara langsung berkenaan pada Rabu kira-kira jam 9 pagi semasa berada di rumahnya di Bangi sebelum bertindak membuat laporan polis," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, host Instagram ini melakukan perbuatan yang boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana melibatkan kanak-kanak bawah umur.

"Mereka juga menunjukkan aksi penggunaan vape kepada kanak-kanak tersebut.

"Sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kejadian atau suspek boleh menghubungi mana- mana balai polis atau pegawai penyiasat kes," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel Berkaitan: