X

Kindly register in order to view this article
!

Wang simpanan lesap diperdaya 'pegawai LHDN'

Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A

KUANTAN - Seorang juruterapi pergigian di sebuah hospital kerugian RM20,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai tunggakan cukai.

Penipuan itu bermula pada Rabu apabila mangsa berusia 43 tahun menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek memaklumkan kad pengenalan milik mangsa telah digunakan untuk membuka syarikat dan kini dia mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM23,760.

"Mangsa terkejut dengan pemberitahuan itu dan mula berasa amat takut selepas menerima pelbagai ugutan supaya menjelaskan cukai tersebut.

"Pada jam 4.55 petang Rabu, mangsa telah membuat pindahan wang RM20,000 secara talian ke dalam akaun diberikan bagi tujuan mengosongkan wang di dalam akaunnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, setelah memindahkan wang tersebut, suspek masih meminta mangsa membuat bayaran dengan pelbagai alasan.

Jelasnya, mangsa mula rasa curiga dengan tindakan suspek dan mengesyaki dirinya telah ditipu.

"Mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!