Meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa

Anggota bomba membawa keluar mayat Fatimah Mohd, 79 tahun, dari lokasi kebakaran di Kampung Losong Haji Su, di Kuala Terengganu, Isnin lalu.
Anggota bomba membawa keluar mayat Fatimah Mohd, 79 tahun, dari lokasi kebakaran di Kampung Losong Haji Su, di Kuala Terengganu, Isnin lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Selepas tiga hari bertarung nyawa, warga emas yang melecur dalam kebakaran yang mengorbankan isterinya di Kampung Losong Haji Su di sini, meninggal dunia pagi ini.

Mangsa, Jusoh Muda, 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.31 pagi ini selepas tiga hari bertarung nyawa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Ab Rashid berkata, mangsa meninggal ketika menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

ARTIKEL BERKAITAN 'Mak sempat telefon minta tolong'

Menurutnya, mangsa melecur kira-kira 50 peratus pada bahagian kaki dan badan.

"Susulan kecederaan yang dialami itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Pada Isnin, seorang wanita warga emas ditemui maut manakala suaminya melecur selepas kediaman mereka hangus dijilat api.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa, Fatimah Mohd, 79 tahun, maut selepas terperangkap dalam kediaman tersebut.

Artikel Berkaitan: