X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Dua nyaris maut kereta dihempap cerucuk besi

Insiden itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik syarikat feri terbabit.
A
A

LUNDU- Dua individu di dalam sebuah kereta nyaris maut apabila sebatang cerucuk besi (steel tube casing) yang terletak di sebelah tanjakan feri menghempap kenderaan mereka.

Dalam kejadian pagi Rabu, kereta Proton Exora yang dipandu seorang wanita berusia 50-an bersama penumpang itu sedang menuruni feri apabila bahan pembinaan tersebut jatuh menimpa bonet kereta mereka.

Insiden itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik syarikat feri terbabit.

Difahamkan perancah besi itu adalah untuk pembinaan laluan baharu feri di Batang Rambungan.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Damataries Launtin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan semua pihak terlibat telah membuat laporan lewat malam Rabu.

Tiga laporan polis telah dibuat iaitu melibatkan mangsa, penyelia feri dan juga pihak kontraktor.

“Setelah menerima laporan, pihak kita kini sedang melakukan siasatan terperinci,” kata Damataries.

Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan.

"Syukur semua mangsa selamat dan hanya bahagian enjin kenderaan mangsa berkenaan yang ranap,” katanya lagi.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan kerja-kerja pembinaan di situ diarah dihentikan bagi tujuan siasatan.

“Kerja-kerja ini dihentikan sehingga pasukan penyiasat JKR Sarawak yakin bahawa semua protokol dan prosedur keselamatan dilaksanakan semasa menjalankan aktiviti berisiko tinggi,” kata kenyataan itu. -Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!